Wednesday, April 22, 2009

Sekadar Renungan


Rosario vs SMS

(Rosary vs SMS)



Hari Paskah yang lalu, saya tidak dapat menyambutnya dengan keluarga kerana tugas. Namun, ini tidak melemahkan saya untuk meraikan kemenangan dan kebangkitan Yesus di tempat asing. Pagi-pagi lagi, saya telah bersiap ke Gereja yang berdekatan.

Timbul perasaan yang bangga apabila saya dapati golongan remaja ramai yang hadir merayakan Perayaan Ekaristi Paskah ini sehingga mengalahkan golongan senior!

Tetapi, semasa Misa Kudus dimulakan, saya terganggu dengan gelagat seorang anak muda sekitar 20-an yang asyik meraba telefon bimbitnya kemudian membalas setiap pesanan yang datang.

Dari gerak badannya, memang dia mengikuti perjalanan Misa Kudus tetapi dalam masa yang sama, jarinya pantas menekan butang telefon bimbitnya. Mungkin badannya sahaja yang berada dalam Gereja namun hati dan fikirannya sudah melayang ke tempat lain.

Gelagat si anak muda ini mengingatkan saya kepada gurauan seorang rakan. Rakan ini merujuk pada teman sebiliknya yang sedang ‘berdoa rosario’ namun sebenarnya sedang sibuk membalas pesanan ringkas(sms).

Membalas sms dan berdoa rosario mempunyai satu persamaan iaitu sambil jari jemari kita ‘sibuk’, minda dan perasaan kita akan dibawa menghayati teks-teks sms yang disampaikan.

Kita akan cuba memahami apa yang sedang dikatakannya dan apa yang sedang dirasainya. Kita cuba sedaya upaya ‘bersatu’ melalui perbualan dalam sms dengan individu tersebut walaupun tidak mendengar suara orang tersebut dan tanpa bersemuka dengannya.

Hal sedemikian juga berlaku ketika kita sedang berdoa rosario. Melalui peristiwaperitiwa dalam doa rosario, kita cuba menghayati setiap peristiwa, terutama sekali perasaan dan fikiran Yesus serta Maria. Kita cuba untuk berinteraksi dengan segala perasaan dan fikiran yang terkandung di dalam peristiwa rosario walaupun kita tidak mendengar suara dan juga tidak bersemuka dengan mereka. Rosario merupakan salah satu doa yang amat berkesan dalam menyelami misteri penyelamatan Yesus. Ia dapat diselami melalui doa dan renungan yang khusyuk.

Ia membawa ke arah pengalaman rohani terdalam yang akan memperkayakan pengetahuan kita tentang iman, kepedihan, kesengsaraan, tangisan semasa Yesus melalui azab sengsara menuju ke Golgota. Doa rosario membantu kita ke arah penghayatan terdalam tentang kisah sengsara Yesus. Doa tersebut membantu kita fokus kepada peristiwa yang disebutkan. Doa yang berulang-ulang ini memisahkan kita dari gangguan sekeliling dan memusatkan segala fikiran dan perasaan kita kepada peristiwa. Dengan cara ini kita mampu menghayati peristiwa dalam doa rosari.

Namun bagi sms, ia tidak membantu dalam memperdalamkan penghayatan perhubungan. Ia cuma sekadar di permukaan kerana masih terlalu banyak yang perlu diketahui dan yang ingin dilihat. Ini hanya akan terjawab apabila dua individu tersebut bersemuka.

Generasi muda Katolik kita perlu dididik dan belajar untuk menghayati segala peristiwa dalam kisah sengsara dan kebangkitan Yesus agar generasi Katolik yang akan datang tidak akan disebut ‘cantik di luar, buruk di dalam’.

Ia merupakan contoh kepada sindrom kurangnya pengalaman peribadi bersama Yesus, penyakit yang melanda generasi muda kita hari ini.

Namun, generasi masa kini lebih cepat belajar sms daripada belajar doa rosario. Ini adalah perubahan yang amat jelas. Perubahan yang kadangkala pedih untuk mata melihat, sedih untuk hati memerhatikannya. Walaupun sms penting untuk menghubungkan kita dengan rakan rakan, kita sebagai belia harus juga tidak lupa untuk sentiasa memelihara perhubungan dengan Dia, Sang Pencipta kita. — Pierre Kee

p/s Thanks to this article-->will try not to text in Church anymore during Mass!!

1 comment:

Anonymous said...

First time long time! wanted to let u all a tip on how you can save some money monthly, Getting a conversion
kit for your vehicle will save you hundreds of dollars on gas by switch to an american made fuel 'Ethonal'.
More americans are upgrading their vehicles to support both fuel types and buying ethonal to fill up your vehicle.
Ethonal is not only an American made fuel, which you'll be support our economy alot more than buying fuel
that we have to import making us more depended on foreign supplies.
Run your vehicle on a [url=http://www.newwhitelightning.info]e85 Conversion kit[/url]